Sunday, July 11, 2010

Hari kenangan..

Hari ini 1/7/2010, sekolah menengah yang aku belajar dahulu telah mengadakan hari kantin. Tetapi bagi aku hari kantin ini sangat menyayat hati aku apabila aku mula terkenang akan si dia. Entah mengapa hati aku berdetik begitu. Mungkin disebabkan kenangan lalu yang menguatkan lagi ikatan aku padanya.
Pada tahun 2006, semasa aku masih lagi di tingkatan 6 rendah sambutan hari kantin telah diadakan dengan cukup meriah sekali dan kami ahli kelab tingkatan 6 telah membuat senarai lagu yang akan didendangkan pada hari tersebut berserta ucapan. Tanpa aku sangka-sangka terselit juga lagu untukku oleh si dia yang menuntut di tingkatan 6 atas.
Malunya aku rasa bila kawan2 mula mengejekku, mengatakan si dia amat romantik. Terselit juga rasa gembira dan terharu. Kisah cinta kami bukan setakat kawan2 sahaja yang tahu tapi kebanyakkan cikgu2 di sekolah pun tahu. Lagu yang ditujukan kepadaku adalah merupakan lagu ‘RAJA’ berjudul jujur. iaitu kumpulan muzik dari seberang.
Tapi kini, terasa kenangan itu amat2 menguris hati aku bila berpisah darinya. Mungkin jodoh aku dengan si dia setakat ini sahaja. Betul lah apa yang ditegaskan oleh guru2 kami cinta anak2 sekolah tidak sampai kemana.