
Sinopsis
Cerita ini mengisahkan tentang seorang remaja belasan tahun yang bernama Daniel 16. Daniel anak tunggal kepada Pak Leman 55. Pak Leman merupakkan seorang Tok Siak (Pekerja Masjid) di Kampung Buluh Sebatang. Dan ibunya Aminah telah meninggal dunia sewaktu Daniel berumur 10 tahun. Ibunya meninggal kerana menghidap penyakit buah pinggang. Daniel seorang yang bijak di sekolah. Semasa Daniel darjah 6, dia mendapat 5A dalam UPSR. Dan mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. Tetapi disebabkan Daniel tidak mahu tinggalkan ayahnya,dia mahu mengambil peluang tersebut.
Kini Daniel merupakan seorang yang cukup nakal dan agresif. Di sekolah namanya sering disebut oleh guru disiplin. Daniel kini mula yang malas belajar dan sering ponteng sekolah sejak dia kenal dengan beberapa orang rakan di sekolah. Daniel sering melepak dengan rakanya yang lebih tua darinya dan dia sering tidak pulang ke rumah dengan alasan pergi mengajar kawan2 buat kerja sekolah. Daniel mempunyai rekot dibalai polis kerana terlibat dengan kes ragut. selain itu, Daniel merupakan seorang penagih barang2 alkohol sehingga dia pernah ditangkap oleh gurunya sewaktu dia sedang menghidu gam di belakang blok sekolah.
Segala perbuatan jahatnya tidak diketahui oleh ayahnya. Pernah suatu hari, guru Daniel pergi ke rumah Daniel untuk menceritakan masalah disiplin kepada ayahnya. Dan ayahnya terus memarahi serta memukul Daniel. disebabkan kejadian itu, Daniel mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan tinggal di rumah sewa rakan2nya.
***pada suatu malam, sewaktu Pak Leman pulang dari masjid, dia telah menegur beberapa orang remaja yg sedang berdua-duaan di taman permainan. Dan Pak Leman memberi nasihat kepada remaja tersebut dan menyuruh mereka pulang. Remaja tersebut tidak menghiraukan teguran Pak Leman lalu pergi ke tempat lain.**
Disebabkan ketidakpuasan hati remaja tersebut, mereka pun menceritakan kepada Daniel dan mencabar Daniel untuk memukul pak cik tua yang menegur mereka semalam. Daniel yang pantang dicabar sedia menyahut cabaran rakannya. Lalu mereka pun merancang untuk menunggu pak cik tersebut di taman permainan. Setelah 15 minit berlalu, pakcik tersebut pun melalui jalan taman permainan tersebut. Rakan2 Daniel segera memberitahu kepada Daniel akan Pakcik tersebut. Tanpa membuang masa lagi, Daniel terus memukul pakcik tersebut di kepala dengan menggunakan sebatang kayu yang terdapat disitu. Setelah pakcik tersebut jatuh, Daniel melihat wajah pakcik tua tersebut. Lalu menjerit….BAPAKKKK!!..
***bapa Daniel meninggal selepas seminggu kejadian tersebut kerana mengalami pendarahan dalaman pada otak. Disebabkan kejadian tersebut, Daniel mengalami trauma dan mula mengambil dadah untuk melupakan kejadian tersebut. Hari demi hari, Daniel telah menjadi orang yang hilang punca dan tiada arah tuju. Dia mula melepak di kaki 5 dan tidur dikawasan awam. Disebabkan ketagihan, denial mencuri kasut, pakaian, dan mencuri barang makanan di kedai runcit.
*** sewaktu, Daniel mencuri,dia telah ditangkap oleh peniaga disitu. Tetapi denial tidak dibawa ke balai polis. Peniaga tersebut iaitu Sudin, merupakan orang yang kaya dan membawa Daniel pulang ke rumah dan dijadikan sebagai anak angkatnya. Disebabkan usia Daniel yang masih muda, peniaga tersebut cuba memulihkan Daniel daripada menagih dadah dengan menggunakan teknik tradisional. Selain itu, Sudin juga membawa Daniel berjumpa dengan Pekerja Sosial bagi menyelesaikan masalah trauma Daniel. Selepas 2 tahun, Daniel dapat melanjutkan pelajaran di UKM dan mengambil jurusan Kerja Sosial kerana minat nya dalam membantu remaja-remaja yang bermasalah.
Watak-watak dlm cerita ini:
1. Daniel (watak utama)
2. Pak Leman (ayah Denial)
3. Kwn2 Denial
4. Sudin (orang kaya)
5. Pekerja Sosial
Dialog:
Daniel: Ayah! ayah!, Daniel berjaya ayah. (sambil berlari ke dalam rumah memanggil ayahnya).
Pak Leman: Apa yang kamu terjerit2 nie ha.. Daniel?
Daniel: Ayah tengok la nie, Daniel dapat 5A ayah! Daniel berjaya ayah!
Pak Leman: (Sebak), alhamdulillah... (sambil memeluk anaknya) ayah tak sangka kamu mampu mendapat keputusan sebaik ini, jika mak kamu ada tentu mak kamu akan berbangga dengan kejayaan kamu Daniel. Ayah bersyukur sangat2.
Daniel: Ayah jangan la cakap macam itu, Daniel sekarang ada ayah ja. Daniel janji akan jaga ayah. Bila daniel besar daniel nak ayah duduk dengan daniel. Kejayaan daniel sekarang adalah untuk ayah. Daniel sayang ayah....
Pak Leman: Daniel, kamu tahu kan kamu dapat tawaran ke MRSM? Pergi lah... ayah mahu lihat kamu berjaya.
Daniel: X mahu la ayah. x semestinya pergi ke sana daniel akan berjaya?, kan ayah... mana-mana sekolah pun sama ja la ayah? daniel tak mahu pergi jauh dari ayah. daniel nak tinggal bersama ayah. Biar daniel sekolah ja di sekolah menengah di kampung kita nie. Sekolah menengah di kampung kita ini pun apa kurang hebatnya. Ramai yang sekarang sudah berjaya. Macam mana pun daniel tetap nak tinggal dengan ayah.
Pak Leman: Ye la, ayah ikut je, yang mana daniel rasa baik baik juga bagi ayah.
Daniel: Sayang ayah......(sambil memeluk ayahnya)
Selepas meningkat remaja:
Pak Leman: Daniel apa nk jadi dengan kamu nie ha!!....
Ayah malu!! tahu tak malu!! dengan perbuantan kamu. kamu tahu tak cikgu disiplin sekolah kamu dah berapa kali panggil ayah ke sekolah, sebab masalah yang kamu buat!!
Daniel: Lex2 lu la ayah, kecoh ja.....
Pak Leman: Ish..kamu nie, kamu fikir la sikit, ngapa kamu berubah sikap jadi macam nie ha??
Ayah tak pernah ajar kamu, kamu faham tak.. Kenapa kamu ponteng kelas? dan sekarang dah pandai berbohong dengan ayah!! kata nak pergi mengulangkaji pelajaran bersama-sama tapi kamu melencong tempat lain!!
Daniel: (memekakkan telinga)
Pak Leman: Cuba la kamu berubah sikap daniel..(suara yang sudah dikendurkan dari marah). Kamu tahu tak, ayah dah dengar macam-macam cerita dari orang kampung tentang kamu, kamu dah tak sayangkan ayah lagi ka?? (suara memujuk) Orang kampung sekarang sudah mengata macam-macam tentang kamu. Ayah dah tak larat lagi mendengarnya. Kamu tu anak ayah...
Daniel: Hari2 memekak!! jemu ah.. aku dengar bebelan orang tua macam ko nie!! aku punya suka la nak buat apa... (sambil berlalu)
Pak Leman: (Pang!!) ayah x pernah ajar daniel kurang ajar macam nie. Kau sekarang sudah tidak hormat ayah kau sendiri.
Daniel: (Sambil memegang pipinya, dan melihat ayahnya dengan penuh kemarahan). Aku sekarang rimas duduk rumah nie lagi. Kau ashik membebel...Sekarang aku nak kuar duduk dengan kawan2 aku. lebih baik dan lebih aman dari duduk dalam rumah yang macam neraka nie.(berlalu keluar dari rumah tersebut).
Pak Leman: Daniel!! Daniel!! tunggu ayah ada perkara lagi nak cakap!! Daniel!! (sambil mengelengkan kepala dan terduduk). Ya allah...apa yang telah aku buat terhadap anakku, tapi dia sangat degil... Pah..abang memang tak pandai mendidik anak kita kan?? Pah, abang mintak maaf...(merintih).
Pada suatu malam, Di sebuah taman...
Pak Leman: Ha..!!!, apa yang kamu buat berdua-duaan kat sini, pergi balik..
Pasangan kekasih: Mana ada kami buat apa. tak kan nak bersembang2 pun x boleh??
Kecoh la orang tua nie...
Pak Leman: Kamu kalau nak bersembang pun x boleh ke pergi tempat ramai orang?? tak menimbulkan fitnah. Nie kalau kena tangkap nie, tak ke susah mak bapak korang?? apa la nak jadi dengan budak zaman sekarang nie. Ha!! tunggu apa lagi, balik!! balik!!
Pasangan kekasih: Blah2....(sambil berlalu)
Pak Leman: (sambil mengelengkan kepala), (tiba2 pak leman teringat anaknya) bagaimana la keadaan anakku sekarang ini?? sudah makan ke belum?? lama dia tidak pulang ke rumah (sambil berjeda seorang diri). Kenapa kau tidak dengan ckp ayah....(sebak). (berlalu meninggalkan tempat tersebut)
Di rumah sewa kawan-kawan Daniel.
Pasangan Kekasih: Aku x puas hati la....masa aku ngan awek aku tadi, tiba-tiba datang seorang orang tua nie kasi panas dekat situ. Membebel macam mak aku kat umah 2. Aku kuar nk lex2 dngan awek aku. mana tah datang orang tua 2 tah... kasi panas sama aku. nasib baik aku blah kalau x nasib la orang tua 2....(muka yang marah).
Daniel: Sapa?? kau kenal ke orang tua 2??
Pasangan kekasih: Memang la aku x kenal orang tua 2 tapi aku cam muka dia bro.
Kawan2 Daniel: Kau belasah ja orang tua macam 2...
Daniel: Relax2... Biar aku belasah ja. Nie Daniel la... sapa x kenal??
Kawan2 daniel: Ko cakap ja lebih, bila pergi...suara pun x kuar...
Daniel: Korang cabar aku ke?? baik esok malam ‘set’ dekat tempat semalam..apa macam??
Kawan2 Daniel: Ok...kalau kau cakap macam 2....
Malam keesokannya...
Daniel: Mana orang tua yang kau cakap tu?? x nampak pun?? Kau nie nak main2 ngan aku ke??
Kawan Daniel: Sabar!! boleh tak kau sabar... Kita duduk tempat nie agar dia tak nampak...
Daniel: Huh..dah lama aku x pukul orang nie..2 yang tak sabar nie..haha..
Kawan Daniel: Shuu...diam la ko..
Daniel: (sambil bermain sms)
Kawan Daniel: Ha...2 ha...orang tua 2 dah datang...cepat2 (menyiku Daniel)
Daniel: (terus mengambil kayu), Pokkk!!
Pak Lemah: Allah....(terus jatuh)
Daniel: Ayah!!!! (terkaku kerana terkejut)
Orang2 kampung: Hoi!!! Kamu buat apa 2....(sambil berlari ke arah tersebut)
Kawan2 Daniel: (menarik daniel) weh2....blah2...(mereka berlalu ngan motosikal secara tergesa2)
Orang2 kampung: Astagfirullah..halazim...Pak leman!! cepat2 kita angkat dia, kamu mus telifon ambulan cepat....kita perlu khabarkan kepada ketua kampung.
Di rumah Sewa kawan2 Daniel.
Daniel: Ayah..ayah... 2 ayah aku sob...ayah aku... Aku dah pukul dia..... aku pukul dia...
Kawan Daniel: Selalu kau juga yang kata, ayah kau 2 suka membebel dekat kau. Ha sekarang secara tak sengaja kau dah ‘ajar’ dia. Biar dia tahu sikit...
Nah aku ada ‘barang’ baru, try la...nanti kau kan tenang. Macam selalu la ‘bayaranya’. hahahaha...
Seminggu kemudian di rumah Pak Leman
Orang kampung: Yasin....walquranilhakim....
Daniel: (dalam hati) apa hal ramai sangat rumah aku nie.. ayah aku buat knduri apa la plak nie? aah.... susah la aku nak ‘pau’ orang tua nie... Dah la kedekut nak bagi dekat aku duit. Banyak saja duit, nanti mati ha...bawak sekali ngan duit2 tu.. huh...
Orang kampung: Sabar banyak2 ye....
Daniel: (Mula rasa tidak sedap hati)
(Di hadapan pintu rumah), terkaku seketika apabila melihat sekujur tubuh dalam rumah, sambil berlalu menghampirinya)(tersentak apabila melihat wajah ayahnya) Ayah... Ayah!!! Ayah!!! (meraung).
Orang kampung: Sabar nak..sabar....
Allah lebih menyayanginya....
Selepas Peristiwa itu
Orang kedai: Hei...pencuri!! pencuri!! tangkap dia.. Mana kamu nak lari ha!!(memegang tangan Daniel)
Daniel: Lepaskan saya, tolong lepaskan saya.. saya janji tidak akan buat lagi..
Orang Kedai: En. Sudin!! En.Sudin!!!, nie orang yang saya tangkap mencuri di kedai kita..
Daniel: (dalam keadaan yang tak terurus) maaf, tolong lepaskan saya. jangan hantar saya ke balai polis..tolong la encik...
Sudin: Mengapa kamu mencuri?? Kamu kelihatan tak terurus dengan baik. kamu dah makan?? mana keluarga kamu??
Daniel: (dalam keadaan gian)aa...aku, tak ada keluarga. aku terpaksa mencuri. aku dah x ‘tahan’, mereka tak akan beri kalau aku x bayar...
Sudin: Mari...pangil saya Pakcik Sudin. Kamu lapar?? mari pakcik belanja kamu makan.
Sesi berjumpa dengan pekerja sosial
Pekerja Sosial: Assalamualaikum.. Selamat pagi. Ye, Encik boleh apa-apa saya bantu?
Sudin: Waalaikummusalam.. Saya Sudin. Sebenarnya begini, saya ingin merujuk Daniel disini, disebabkan saya lihat anak angkat saya nie kurang bersemangat untuk belajar. Dahulu, anak angkat saya nie memang terlibat dalam macam-macam masalah, tapi sekarang alhamdulillah, dia sudah semakin baik dan pulih. Memandangkan usianya yang masih muda, saya mahu dia belajar, tetapi saya lihat setiap hari dia termenung, kadang-kadang senyum, menjadi semakin pendiam dan suka berkurung dalam bilik. Hati mana yang tidak risau melihat keadaan anak macam 2 walaupun dia merupakan anak angkat saya. Saya sekarang menggunakan rawatan tradisional bagi memulihkan anak saya nie dari ketagihan dadah.
Pekerja Sosial: Mmmm....Bagaimana masa silam Daniel? ada tak En. Sudin bertanyakan kepadanya?
Sudin: Dia mengatakan dia sudah kematian ibunya masa dia bersekolah rendah lagi dan bapanya meninggal akibat perbuatannya, untuk menghilangkan tekanan dia mula berjinak-jinak dengan dadah. Saya mengambil dia menjadi anak angkat saya apabila dia saya lihat tiada tempat mahu ditujunya.Kehidupannya amat terumbang-ambing.
Pekerja Sosial: Boleh saya berjumpa dengan Daniel, Encik Sudin? Sebenarnya saya perlu melihat keadaan Daniel terlebih dahulu bagi meneruskan sesi-sesi seterusnya. Sebenarnya sesi-sesi ini memakan masa sama ada panjang atau pendek berdasarkan tindakbalas dari klien. Jika klien dapat menerima dan mengikuti cadangan-cadangan coping yang dijalankan maka lebih cepat sesi ini akan berakhir.
Sudin: Boleh2, dia ada diluar sebenarnya.. Saya mahu Daniel pulih seperti sediakala.
Pekerja Sosial: Saya faham perasaan En. Sudin. Insyaallah, saya akan membantu setakat yang termampu saya agar kehidupan Daniel kembali seperti sediakala.
Sudin: Terima kasih
Pekerja Sosial: Sama-sama
P/s: apakah essesment yang sesuai bagi masalah klien ini??
AHLI GROUP:Nazri
:Farizul
:Khairil
:Yusnizam
:Pembantu- noorulhuda
- mazliyana
- echa