Thursday, June 17, 2010

'Hujan'

Pernahkah engkau merasa sedih??? Entah mengapa hatiku kini amat2 sedih dan terkilan. Dengan sikap seseorang yang amat rapat dalam hidupku disebabkan hanya satu kesalahan. kini aku telah dibuang dari hatinya. Aku merasa amat kecewa sekali. Tidak mengapa jika itu yang dia kehendaki aku akan jarakkan hubungan ini.

Ya walaupun aku berada dan menuntut jauh dari family tapi aku selalu call ke rumah tapi kini aku sedar siapakah diri ini. Fine aku akan mula jarakkan hubungan ini jika itu yang kau mahukan. aku kan sibukkan diri aku dengan pelbagai aktiviti semasa di kampus.

Ya aku akan buat menurut kata hatiku ini. Bukan aku tidak matang dalam membuat keputusan tapi aku mula tersinggung dengan perlakuanmu. aku nie cucumu. tapi mengapa mesti ada perbezaan?????

Ya memang aku hanya ada ayah iaitu anakmu. aku kehilangan ibuku. Adakah aku ini hanya menumpang kasih??

Aku reda.......

Tuesday, June 15, 2010

Kasihku putus sudah

Kenangan demi kenangan membuatkan aku resah. Bukan aku tidak menerimanya tapi sikap dan kelakuannya membuatkan aku benggang. Semuanya nak dikawal, semuanya hendak diberitahu...mmmm parah lah jadinya. Sekarang aku membuka lembaran baru untuk permulaan hidup aku yang baru. Yang lepas biarkan lepas.Hidup perlu diteruskan. Bila kah aku akan terima penganti biarkan masa yang menentukan. Sekarang demi masa depanku akan ku gunakan sebaik mungkin masa aku untuk belajar.Ku berdoa agar dirinya bahagia disamping insan baru.

Monday, October 26, 2009

"Mencari Kasih yang Hilang"

Termenung aku keseorangan, sambil mengimbau kisah zaman kanak-kanak. Tergiang-ngiang lagi sapaan Dila, "oit, cepat lah sikit siap tu persembahan dah nak mula tu" sampil Dila berlalu dengan merungut-rungut. Walaupun persembahan yang dilakukan adalah bersempena Hari Penyampaian Hadiah Sekolah tapi ia amat bermakna bagi diriku. Aku baru sahaja berpindah sekolah ke sekolah ini bagiku kepercayaan guru terhadap kejayaan persembahan kali ini amatlah bermakna.

'La...sini rupanya hang, merata-rata aku cari tau" sapa Zan sambil menepuk bahuku. "Hoi, terkejut aku tau. Lain kali bagi lah salam dulu. Nie tak". "Ha...ha..ha... hang nie balik cuti pun tak hapy ka?? sambil menghirup air sirap bandungnya. "ala...bagi peluang lah...(sambung)

hati berbisik sepi....

Dikala ku kesepian.....
ku terkenagkan mu...
wajahmu...
tutur katamu....

yang mampu membuai rasa.....
yang mampu mengongcang jiwa...

yang mampu mengegarkan hatiku....

tp kini.....


kau telah pergi meninggalkanku....
sendiri.....
dalam kesepian....
dalam ketandusan belaian dan sayangmu...

kau pergi.....
jauh dari hidupku....
mencari insan lain yang bergelar kekasih...

apa salahku...

aku dihukum sebegini...
kau pergi tanpa sepatah kata....
mengapa???
mengapa???

Friday, October 23, 2009

mggu depan dah nak exam. persiapan rasanya masih kurang. 4 arie aku tidor sebab demam selsema. Badan rasa letih sangat. Moga2 dapatlah aku jawap exam dengan baik. cuti sebulan aku ikut aktiviti pergi Pulau Langkawi. Nak tambah pengalaman. Best gak p dengan kawan2. Ikut program anak angkat dekat sana. tapi hati nie rindu pulak dekat mak, ayah dan adik-adik dekat kampung...... X pa lah 2 semua cabaran yang terpaksa diharungi... Bersabar lah....

Thursday, October 22, 2009

sebenarnya, kwn hnyalah sebagai kawan bukan teman....
kwn yang datang dikala dirinya susah n pergi dikala dia senang,
begitulah kwn dikala ini,
zaman ini, dan saat nie,

al kisah........
masa aku tngah frust putus cnta. ada seorang kawan lama aku tiba-tiba ja msg aku...aku pun terasa ada orang ambik berat kat aku...aku berasa disayangi...tp 2 hnyalah sementara..selama sebulan kami msg tiba2 si dia menghilangkan diri tnpa sebarang berita..tinggallah aku keseorangan diri..lagi. persepsi aku dekat orang lelaki terus berubah...aku dah anggap orang lelaki nie tak boleh dipercayai....langsung...hanya tuhan tempat aku mengadu dan tenangkan jiwa aku ini...hanya aku percaya dekat ayah aku....yang sejak kecil menjaga aku selepas mak aku meninggal dunia..aku dah takut nk berkenalan dengan 'cinta'.

Friday, October 16, 2009

Sebenarnya, aku ni minat membaca novel...dalam hati 2 ada gak niat nk menulis tapi aku kurang pengetahuan. Jadi aku ikutlah cadangan dan saranan seorang pensyarah aku...agar selalu menulis dalam blog....jadi aku pun sekarang nie nk mencubalah menaip dalam blog....Cadangan yang diberikan akan aku buat panduan agar dapat menulis dengan baik...